Sunday, July 31, 2016

Singapura | 20-22 Ogos 2014 (Hari kedua)

Assalamualaikum,

Hari kedua kembara di Singapura adalah sangat dinanti-nantikan kerana acara utama ialah pergi ke Universal Studios Singapore! 

Globe ni ada di depan pintu masuk. Wajib bergambar di sini, tanda kita dah sampai.

Transformers. Awesome ride.

Ni saja bergambar di New York (I think)

Saya suka design bangunan dia.

 Bumblebee!

Sedih tak dapat naik ni

Kenangan dengan The Mummy



Gambar duduk satu!



Satu dengan Korea Town yang belum siap sepenuhnya lagi.


It was a fun experience! Dapat naik hampir semua rides kecuali Battlestar Gallactica sebab tutup. Dan boleh pulak dalam pukul 1-2 camtu hujan lebat, jadi tak dapat main. Walaupun begitu, ride kegemaran saya ialah The Mummy. It was nerve wrecking and heart dropping. We were applauded by the ride staffs as we reached the end of The Mummy ride. Hehe.

Kami keluar dari hotel selepas breakfast untuk mengejar penerbangan balik esoknya. 
Walaupun trip ini pendek, tapi seronok kerana pertama kali travel tanpa ibu bapa. Hihi. Rasa seperti sudah dewasa.

Singapura | 20-22 Ogos 2014 (Hari pertama)

Assalamualaikum,

Ada banyak pilihan nak travel dari Malaysia ke Singapura.
1) Memandu kereta terus ke Singapura
2) Naik train - Senandung Sutera ke Woodlands
3) Naik bas
4) Naik flight sama ada direct ke Singapura / Johor
Saya pilih flight ke Johor Bahru. Masa itu ada offer tiket murah Air Asia. Ingatkan mula-mula nak naik tren, tapi bila bandingkan harga tiket flight & tiket train, lebih kurang je, maka saya pilih flight sebab lebih jimat masa.
Saya ambik khidmat travel agent untuk pakej penginapan & kenderaan ke USS (Universal Studios Singapura).  Pakej itu termasuk penginapan hotel 3 hari 2 malam. termasuk breakfast & transport ke USS. Ada juga offer untuk travel by van ke tempat2 lain di Singapura, tapi sebab jaga bajet, kami ambil yang biasa tu je dulu. 
Sampai2 je di Airport Senai, hujan lebat sungguh. Flight kami petang, sampai pun lewat petang juga. Tapi saya dah rancang, hari pertama tu memang kena jugak jalan2 kat Singapura walaupun dah lewat. Sebab hari esoknya memang seharian kat USS dan hari ketiga dah balik. Cara nak pergi Singapura dari JB bolehlah digoogle. heheh. Kami naik bas.
Sampai2 je kat Singapura, kena masuk imigresen Singapura dulu. Jem punyalah lama, sangkut kan jambatan. Adoi. Pakcik teksi dah bagi kami sekeping borang untuk diisi. Ini prosedur wajib bagi pelancong yang nak masuk ke Singapura. Bila sampai imigresen, kena bagi borang tu dan  pasport & sebagainya. Kemudian, naik bas balik dan turun di stesen MRT Kranji.  
Sistem pengangkutan awam di Singapura sangat efisien. Menepati waktu. Eskalator dia pun laju hoi. Bila naik turun eskalator kat Singapura, dah biasa laju, tiba-tiba bila naik turun kat JB, rasa macam kenapa slowww sangaatt whaii tolonglah maju cepat. kah.
First stop , Raffles Place.
LOL gelap. Malam kan. Bangunan2 di sini, sungguh cantik, MasyaAllah. Rasa macam nak tangkap gambar semuaaaa bangunan. Bila snap picture, hasilnya tak memuaskan seperti yang mata kita nampak. Truly amazed. Walaupun hanya bangunan je sini, tapi kami terpegun, terpesona lama jugaklah kat sini, lepas 1238712831723 jam kot, baru bergerak ke tempat seterusnya.
Kalau sampai Singapura, wajiblah bergambar dengan singa itu. Bukti dah sampai Singapura la kan. Merlion namanya. It’s just a statue of a lionhead with a fish body. Bangunan di sekeliling pun, MasyaAllah. Lawa sungguh. Sebab malam, maka lampu2 yang dipasang pun menambahkan keindahan pemandangan. Mukaku berminyak habis. Sobs.Masa ni belum pakai BS cream lagi. eh. 
Kemudian, kami pergi ke Bugis Street. Yang ni tak sempat nak tangkap gambar yang elok pun, sebab hujan. Di sini kami beli souvenirs. Pilih pun laju2 je sebab takut terlepas bas terakhir nak balik JB. 
Naik MRT ke hulu ke hilir di Singapura ni memang memudahkan, sangat convenient. Yang penting, kena tahu nak naik yang mana, nak turun kat mana. Dalam train tu dapatlah tengok orang2 Singapura ni macam mana. Memang moden. Pakaian memang trendy. 

Pengumuman dalam tren dibuat dalam pelbagai bahasa. Inggeris, Bahasa Melayu & Bahasa Mandarin. Tak pasti ada bahasa Tamil ke tak. #pelupa. Yang pasti, pengumumannya ringkas je. Contohnya, “Stesen Kranji, stesen Kranji” sebut nama stesen je. Mudah, ringkas. Kalau nak compare dengan pengumuman di Malaysia, siap berlagu, siap ada peringatan suruh jaga barang, etc etc, saya rasa tak perlu. Mengganggu penumpang. Taulah dia nak jaga barang sendiri. Dah besar kan. Melainkan kalau ada pengumuman tren kena berhenti tu, panjang sikit la durasinya. Kat komuter di Malaysia, everything is long and draggy. LOL. Orang Singapura jalan lajuuuuu. Saya dah biasa jalan laju, jadi takde masalah. Di KL pun orang jalan laju. Negeri2 lain saya tak pasti, tapi rasanya kebanyakan orang jalan sambil menung. Kah.

Daaan kalau pegi kedai2, orang cina dia pun pandai cakap bahasa Melayu. Kagumnyaaaaaaaaaa. Walaupun cara sebutan perkataan Melayu orang Singapura agak baku-ish tapi, ok apa! Bangga Bahasa Melayu digunakan di situ. Kita beriya speaking english kat dia, dibalasnya dengan BM. Malu kita. 
Tak sempat nak beli dinner pun kat Singapure/JB. Taktau mana kedai halal/Melayu. beli roti je. Tupun tak makan sebab dah lewat. haha. teruja nak berjalan punya pasal. Sekian hari pertama di Kota Singa.
Wassalam.

Travel | Sebab Suka Travel/Bercuti

Assalamualaikum,

Saya ada bertukar-tukar pendapat dengan beberapa orang (lelaki), mereka ada yang bertanya, kenapa saya suka travel? Kenapa suka travel ke luar negara? Travel banyak guna duit etc etc.
 **nota: Saya bertukar pendapat dengan lelaki sebab saya sedang dalam misi pencarian encik suami. Seboleh-bolehnya, saya nak cari yang suka travel.

Kenapa saya suka travel?
Dengan travel, saya dapat meluaskan  pandangan dan pemikiran saya. Kalau saya travel ke Kedah misalnya, dapatlah saya tengok pemandangan sawah padi. Hijau, cantik. Kat rumah saya mana nak dapat sawah padi. Selain itu, dengan bercuti, saya dapat mengurangkan tahap stress kerja. Akan sampai satu tahap dimana kita dah tak dapat nak handle dengan kerja/suasana di pejabat, jadi bila kita bercuti/travel, perkara tersebut dapat diatasi. Kita juga akan dapat melihat gelagat orang di tempat lain, bagaimana budaya masyarakat di sesuatu tempat. Kita juga akan dapat melihat seni bina, architecture bangunan, struktur pengangkutan awam di tempat itu. Dapat juga cuba benda-benda baru yang saya tidak pernah cuba, contohnya Roller Coaster.

Kenapa suka travel ke luar negara?
Saya suka compare sistem di luar negara dengan negara kita, yang mana kita boleh contohi, yang mana kita boleh perbaiki, yang mana kita boleh nikmati yang tak ada di negara kita. Dapat rasa cuaca pada musim-musim berbeza, bagaimana cara penduduk di tempat itu berinteraksi, bagaimana lainnya adab dan cara orang-orang di sana.

Travel banyak guna duit.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kumpullah duit, kalau dah target nak pergi ke sesuatu destinasi tu. Dengan travel ke pelbagai tempat, kita dapat membuka minda kita, kadang-kadang bila kita sampai di tempat asing, baru minda kita terbuka tentang sesuatu perkara. Kalau terperuk saja di satu tempat, memang tak nampak perbezaan dan pemikiran tak berkembang. Lagipun bukannya semua tempat mahal, pandai-pandailah buat research, cari hotel yang mampu bayar. Pengalaman and ilmu yang kita dapat bila kita mengembara ni sangat berharga. 

Bila kita banyak travel/berjalan ni juga, kita ada topik nak berbual dengan orang. Kita boleh bertukar-tukar pengalaman, boleh promote tempat itu, boleh cadangkan tempat mana nak pergi. 

Dengan blog ini, saya harap dapat kumpulkan sebahagian kenangan, ilmu dan keindahan tempat-tempat yang saya dah kunjung.

Saya masih menunggu awak, travel partner!