Assalamualaikum,
Saya ada bertukar-tukar pendapat dengan beberapa orang (lelaki), mereka ada yang bertanya, kenapa saya suka travel? Kenapa suka travel ke luar negara? Travel banyak guna duit etc etc.
**nota: Saya bertukar pendapat dengan lelaki sebab saya sedang dalam misi pencarian encik suami. Seboleh-bolehnya, saya nak cari yang suka travel.
Kenapa saya suka travel?
Dengan travel, saya dapat meluaskan pandangan dan pemikiran saya. Kalau saya travel ke Kedah misalnya, dapatlah saya tengok pemandangan sawah padi. Hijau, cantik. Kat rumah saya mana nak dapat sawah padi. Selain itu, dengan bercuti, saya dapat mengurangkan tahap stress kerja. Akan sampai satu tahap dimana kita dah tak dapat nak handle dengan kerja/suasana di pejabat, jadi bila kita bercuti/travel, perkara tersebut dapat diatasi. Kita juga akan dapat melihat gelagat orang di tempat lain, bagaimana budaya masyarakat di sesuatu tempat. Kita juga akan dapat melihat seni bina, architecture bangunan, struktur pengangkutan awam di tempat itu. Dapat juga cuba benda-benda baru yang saya tidak pernah cuba, contohnya Roller Coaster.
Kenapa suka travel ke luar negara?
Saya suka compare sistem di luar negara dengan negara kita, yang mana kita boleh contohi, yang mana kita boleh perbaiki, yang mana kita boleh nikmati yang tak ada di negara kita. Dapat rasa cuaca pada musim-musim berbeza, bagaimana cara penduduk di tempat itu berinteraksi, bagaimana lainnya adab dan cara orang-orang di sana.
Travel banyak guna duit.
Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Kumpullah duit, kalau dah target nak pergi ke sesuatu destinasi tu. Dengan travel ke pelbagai tempat, kita dapat membuka minda kita, kadang-kadang bila kita sampai di tempat asing, baru minda kita terbuka tentang sesuatu perkara. Kalau terperuk saja di satu tempat, memang tak nampak perbezaan dan pemikiran tak berkembang. Lagipun bukannya semua tempat mahal, pandai-pandailah buat research, cari hotel yang mampu bayar. Pengalaman and ilmu yang kita dapat bila kita mengembara ni sangat berharga.
Bila kita banyak travel/berjalan ni juga, kita ada topik nak berbual dengan orang. Kita boleh bertukar-tukar pengalaman, boleh promote tempat itu, boleh cadangkan tempat mana nak pergi.
Dengan blog ini, saya harap dapat kumpulkan sebahagian kenangan, ilmu dan keindahan tempat-tempat yang saya dah kunjung.
Saya masih menunggu awak, travel partner!
No comments:
Post a Comment